Saturday, September 18, 2010

MUDA


MJ 3 kacukan dari pembaka reban Anjung Melela dan induk Tok Uban.  Masih mendpat tempat dalam top 10 dalam bon di Besut, Bachok dan Pasir Mas bulan Julai dan Ogos 2010 lepas masa anak A & B. Sekarang tengah meluruh








REMAJA


MJ 2 adalah anak hasil dari reban Anjung Melela sendiri. Pernah dapat no 4 sekali di Taman Orkid, no.7 sekali di Besut. 

PEMBAKA JANTAN

Ayam kecil AA. Masih lagi galak tarik dan selam walau pun masih bersama induk. Nama Cetong. Ayam ni pernah jadi Johan remaja di bon-bon di Selangor. Pemilik asal Suhaimi Bangi. Import pada Ogos 2010. Anjung Melela tak tau apa nama telah diberi oleh pemilik asalan ayam ini. Asal Dungun Trengganu.

PEMBAKA JANTAN

MJ ni antara serama kesayangan Anjung Melela. Tidak pernah bawak bertanding. Dijadikan pembaka sepenuh masa.

PEMBAKA JANTAN


Kesuma adalah satu-satunya baka yang masih mengekalkan darah Husin iaitu Husin 2000 + Husin Kijang Emas. Ayam kechil (AA). Pembaka sepenuh masa. Pernah jadi johan semasa anak b dan remaja dulu. 

PEMBAKA JANTAN MASIH DALAM SIMPANAN

Nama Serabe kacukan darah Mat Awang dan Husin Kijang Emas. Ayam umur dah lebih setahun. Masih kuat kebas dan tarik. Banyak kali teman-teman bawak ke pertandingan tapi tak pernah dapat johan, tapi masih dalam top 10. Sekarang dah jadi pembaka sepenuh masa. 

Friday, September 17, 2010

ANAK-ANAK SERAMA B SIMPANAN UNTUK TUJUAN PENERUS BAKA

Anak-anak Serama B untuk simpanan buat penerus pembakaan. Ada 2 ekor sedang diperhatikan dan dilatih untuk pertandingan. Tahun 2010 ni sudah mula beberapa kali turun ke bon. Setakat ni tidak menghampakan kedua-dua ekor masih dapat mengekalkan kedudukan dalam top 10 sejak dari anak A hingga remaja. 













ANAK-ANAK SERAMA HASIL REBAN SENDIRI

Anak-anak ayam ini adalah hasil kacukan 'cross-breed' dan 'in-breed'.




















INDUK-INDUK REBAN ANJUNG MELELA

Induk-induk masih menjadi rantaian pembaka di reban Anjung Melela. Semuanya adalah dari pertalian baka kacukan dari darah Husin 2000, Husin Kijang Emas, Wahid Maras, Nik Rashid, Min Lukisan dan juga Mat Awang dahulu.

Foto2 ini foto induk dulu-dulu. Sekarang dah di 'upgrade' dengan baka terkini.


























Thursday, September 16, 2010

DARI REBAN ANJUNG MELELA

Ini adalah merupa ayam-ayam serama terawal Anjung Melela pelihara. Asas 'bloodline' dari baka Husin 2000 dan Husin Kijang Emas. Kemudian dikacukkan dengan beberapa baka lagi dari Arwah Wahid Kubur Maras, Nik Rashid, Min Lukisan dan Mat Awang. Ayam pun dah jadi dalca

Anjung Melela sebenarnya dah jadi breeder lebih 12 tahun. Awal-awal pengelibatan dulu memang suka jugak jenguk bon-bon danbertanding. Masih lagi jadi breeder seingga ke hari ini. Semua ayam ni ada dah tak ada dalam simpanan - ada yang pegi selamanya dan dah jual masa dulu.