Saturday, September 3, 2011

BATANG BESI SULA

Batang besi untuk tujuan menyula 'orang salah dan penjahat' semasa zaman kolonial dulu yang pernah digunakan di Kelantan. Batang besi sula ini kepunyaan ayah kepada sahabat MJ yang masih lagi hidup tapi sudah sakit tua. Semalam semasa berkunjung ke rumah sahabat di Kg. Kutan, Wakaf Bharu, Kelantan MJ ternampak batang besi ini disandarkan bersekali dengan beberapa bilah lembing yang hendak ditunjukkan kepada MJ. Sempat juga mendengar cerita dari orang tua ni yang menyatakan dulu beliau bekerja dengan orang putih (macam warden penjaralah sekarang ni) & tugas beliau untuk menyula orang salah, penjahat dan penderhaka. Ia dimasukkan di lubang dubur' pesalah dan terus dihenjut masuk hingga hingga habis. Setelah pasalah meninggal barulah batang besi ini di cabut balik. Dulu batang besi sula ni ada berbelas batang dan 5 orang penjawat yang menjadi petugas sama dengan orang tua ni. Setelah merdeka jawatan mereka dimansuhkan dan beliau sempat membawa pulang 2 batang sula ini. Tapi sekarang hanya tinggal satu. Entah berapa ramai pesalah dan orang gedebe melayu Kelantan yang dah menjadi mangsa batang sula ni pemiliknya tak pernah ambil tahu. Yang pasti memang ramai. Setiap kali diguna ianya dibasuh dan diminyaki. Sekarang batang sula ni ada di anjung MJ. Setakat ni belum ada benda2 halus yg menggangu lagi. kalau mengikut teman MJ tu beliau selalu mendengar orang menjerit dan menanggis. Nak nak bila bulan mengambang........ Heee...heeee.. Wallahualam..