Monday, January 2, 2012

BUKU - BETULKAH HANG TUAH WUJUD?




Muka Depan dan Belakang buku BETUL KAH HANG TUAH WUJUD?
Susunan dan tulisan Tuan Haji Ab. Halim Bashah (IBHAR); secara hipotesis menyingkap keraguan mengenai lagenda pahlawan melayu Laksamana Hang Tuah. Banyak sekali kisah-kisah dan  pendapat yang diutarakan oleh banyak pihak hingga sesetengahnya menganggap ‘hang Tuah’ ini bukan keturunan melayu! Betulkah begitu? Bacalah buku ini. Penulis buku ini juga banyak meneliti pautan sejarah melalui buku Sejarah Pattani Besar, Hubungan Pattani-Kelantan, Wali Songo dengan banyak sandaran dan rujukan yang agak kukuh selain beberapa buah lagi buku-buku yang kebanayakannya bersandarkan tumpuan kepada sejarah.

Buku setebal 123 muka ini dicetak dalam bentuk lazet jet colour kerana keluarannya cukup terhad dan bergantung kepada permintaan semasa. Kulit Depan dan belakang dicetak warna semantara kandungan isinya dalam cetakan hitam putih. Secara hipotesis buku yang sederhana padat mengupas mengenai sejarah kehadiran Hang Tuah secara perbandingan dalam berbagai versi hikayat yang ada di Nusantara. Juga kupasan yang berani dibuat berdasarkan pandangan beliau bersumberkan catatan China, Portugis, Jepun dan juga sumber2 sejarah Nusantara. Beliau mengolah buku ini seakan mengajak kita berfikir untuk sekurang-kurangnya cuba melonggar dan meleraikan serba sedikit simpulan masalah berkaitan sejarah hidup Hang Tuah. InsyaAllah...
Harga senaskah – RM20
Harga 3 naskah dan lebih – RM18
Pos – RM7

Saturday, September 3, 2011

BATANG BESI SULA

Batang besi untuk tujuan menyula 'orang salah dan penjahat' semasa zaman kolonial dulu yang pernah digunakan di Kelantan. Batang besi sula ini kepunyaan ayah kepada sahabat MJ yang masih lagi hidup tapi sudah sakit tua. Semalam semasa berkunjung ke rumah sahabat di Kg. Kutan, Wakaf Bharu, Kelantan MJ ternampak batang besi ini disandarkan bersekali dengan beberapa bilah lembing yang hendak ditunjukkan kepada MJ. Sempat juga mendengar cerita dari orang tua ni yang menyatakan dulu beliau bekerja dengan orang putih (macam warden penjaralah sekarang ni) & tugas beliau untuk menyula orang salah, penjahat dan penderhaka. Ia dimasukkan di lubang dubur' pesalah dan terus dihenjut masuk hingga hingga habis. Setelah pasalah meninggal barulah batang besi ini di cabut balik. Dulu batang besi sula ni ada berbelas batang dan 5 orang penjawat yang menjadi petugas sama dengan orang tua ni. Setelah merdeka jawatan mereka dimansuhkan dan beliau sempat membawa pulang 2 batang sula ini. Tapi sekarang hanya tinggal satu. Entah berapa ramai pesalah dan orang gedebe melayu Kelantan yang dah menjadi mangsa batang sula ni pemiliknya tak pernah ambil tahu. Yang pasti memang ramai. Setiap kali diguna ianya dibasuh dan diminyaki. Sekarang batang sula ni ada di anjung MJ. Setakat ni belum ada benda2 halus yg menggangu lagi. kalau mengikut teman MJ tu beliau selalu mendengar orang menjerit dan menanggis. Nak nak bila bulan mengambang........ Heee...heeee.. Wallahualam..





Monday, August 22, 2011

Anak A Betina - Reserve Untuk Jadikan Pembaka

Antara hasil reban sendiri. Sebelum ni beberapa ekor dah disambar teman-teman. Yang ni memang nak simpan. Layan....



video

Thursday, June 2, 2011

PANDAI SARAH BARU UNTUK DIMAHARKAN (SOLD)




Sebilah Keris Pandai Sarah Baru milik teman untuk dimaharkan. Mata bilah sahaja.
Harga RM 500 (Nego)
Urusan Tawar menawar boleh lah dibuat dengan pemilik sendiri. Pemilik - Min Kg Bukit, Pasir Mas, Kelantan. No fon beliau - 0147961996. Harga yang dirunding akan ditambah dengan kos pos RM20.  Urusann Pembayaran juga boleh dirunding dengan beliau sendiri. Untuk kemudahan - Maybank 153039057185 atas nama Mohd. A.Amin bin Abdul Rahman. Barang dijamin sebagaimana yang tuan2 lihat. Segala urusan penghantaran akan saya uruskan.

PEMBAKA UNTUK DILEPASKAN (SOLD)




Pembaka dari reban Anjung Melela untuk dilepaskan. Gaya dah menurun sedikit kerana dah 2 pusingan buat baka. Baka cantik. Dapat dari Abe Lee Morat masa anak B dulu yang dimaklumkan dari salasilah Dungun. Masih kebas dan tarik. Harga nak letgo murah2 - RM450.00

KAIN LIMAR LAMA UNTUK DIJUAL (SOLD)

Kain limar lama asli kepunyaan sahabat Anjung Melela untuk dijual. Kesempurnaan 95%.
Harga: RM2,000.00 (Nego)



Wednesday, December 22, 2010

KAYU JADI BATU MILIK SAHABAT UNTUK DIJUAL (SOLD)




















Kayu jadi batu yang berusia ribuan tahun kepunyaan sahabat Anjung Melela untuk dijual kepada yang berminat. Harga runding sendiri dengan pemiliknya - Encik Kahar ~019-9538300

KERIS SELIT KEPUNYAAN SAHABAT UNTUK DIMAHARKAN (SOLD)












Keris ini kepunyaan sahabat Anjung Melela yang ingin dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Sarung dari bahan gading bersalut perak. harga mahar sila runding sendiri dengan pemiliknya - Encik Kahar ~ 019-9538300

Thursday, October 14, 2010

Anak B


Anak B ini dibeli dengan Abe Lee Morat. Pembaka dari reban otai tersohor Dungun + Induk getar dari otai Dungun juga tapi berlainan reban. Berkenan kerana cutting cukup cantik. Ayam masih belum galak lagi.

Ayam A+ Tengah Salin Bulu

Ayam cukup kecil dan tengah salin bulu. Ayam tarik dan selam. Sedang dimasukkan dengan 2 ekor induk

MJ3 Sekarang

MJ3 dah masuk katogeri serama A. Galak mengebas dan tarik selam. Selalu korner baring kerana gila betina. Ekor masih belum siap dari meluruh.