Monday, January 2, 2012

BUKU - BETULKAH HANG TUAH WUJUD?




Muka Depan dan Belakang buku BETUL KAH HANG TUAH WUJUD?
Susunan dan tulisan Tuan Haji Ab. Halim Bashah (IBHAR); secara hipotesis menyingkap keraguan mengenai lagenda pahlawan melayu Laksamana Hang Tuah. Banyak sekali kisah-kisah dan  pendapat yang diutarakan oleh banyak pihak hingga sesetengahnya menganggap ‘hang Tuah’ ini bukan keturunan melayu! Betulkah begitu? Bacalah buku ini. Penulis buku ini juga banyak meneliti pautan sejarah melalui buku Sejarah Pattani Besar, Hubungan Pattani-Kelantan, Wali Songo dengan banyak sandaran dan rujukan yang agak kukuh selain beberapa buah lagi buku-buku yang kebanayakannya bersandarkan tumpuan kepada sejarah.

Buku setebal 123 muka ini dicetak dalam bentuk lazet jet colour kerana keluarannya cukup terhad dan bergantung kepada permintaan semasa. Kulit Depan dan belakang dicetak warna semantara kandungan isinya dalam cetakan hitam putih. Secara hipotesis buku yang sederhana padat mengupas mengenai sejarah kehadiran Hang Tuah secara perbandingan dalam berbagai versi hikayat yang ada di Nusantara. Juga kupasan yang berani dibuat berdasarkan pandangan beliau bersumberkan catatan China, Portugis, Jepun dan juga sumber2 sejarah Nusantara. Beliau mengolah buku ini seakan mengajak kita berfikir untuk sekurang-kurangnya cuba melonggar dan meleraikan serba sedikit simpulan masalah berkaitan sejarah hidup Hang Tuah. InsyaAllah...
Harga senaskah – RM20
Harga 3 naskah dan lebih – RM18
Pos – RM7

No comments:

Post a Comment