Wednesday, September 16, 2009

ANJUNG MELELA

Assalamualaikum wrt.

Anjung Melela Group diwujudkan buat peminat, pencinta, pengumpul dan pedagang senjata antik dan tempaan baru sabagai tatapan dan santapan mata. Anjung Melela sebenarnya orang lama dalam budaya senjata, tetapi ilmu dalam bidang perkerisan dan persenjataan ini masih lagi cetek. Segala diskusi amat dialu-alukan untuk memartabat dan memperkasakan lagi budaya senjata milik warisan melayu nusantara ini untuk dijagatkan. Keunikan, keindahan dan keampuhannya biar menjadi pusaka yang sentiasa dijaga dan terpelihara sepanjang masa. Anjung Melela amat menyanjung tinggi karya senjata keris kerana ia satu-satunya senjata yang unik di dunia, selain dari mempunyai nilai estetika yang tinggi yang digarap pada bilah-bilah keris. Di situlah kita mengenal pucuk rebung, duri pandan, anak sungai, mayang mengurai, biji petai, pantat siput, tapak gajah, lilit ubi, gunungan, perut ular, gigi yu dan sebagai lagi yang mana kesemua pembayangnya boleh dikatakan diadaptasi dari alam semula jadi. - Salam persahabatan lewat budaya persenjataan. Amin

No comments:

Post a Comment